Tuesday, 25 June 2013

Tabung Pembangunan Usahaniaga(TPUP)

TPUP bertujuan untuk menyediakan sumber pembiayaan yang mudah secara pinjaman tanpa faedah kepada usahawan peladang untuk meningkatkan tahap pengeluaran,pemprosesan dan perkhimatan dalam bidang pertanian.Kaedah pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman dengan sejumlah maksima sebanyak RM50000 dengan kos perkhimatan 3.0% daripada nilai pembiayaan.Bayar balik pinjaman bergantung kepada jumlah sebenar pinjaman diambil dan jenis projek.Tempoh bayaran balik maksima ialah 60 bulan.Peserta perlu menjelaskan bayaran balik melalui jadual bayaran balik pinjaman yang ditetapkan dan dibayar melaui kepada PPK.Peserta perlu mengusahakn sendiri projek ekonomi mereka dengan khimat nasihat dan penyelia dari PPK.

KEUTAMAAN PROJEK
-Industri Asas Tani(IAT)
Contoh:Penghasilan produk proses berasakan makanan dan bukan makanan pertanian serta aktiviti      sokongan IAT
-Pengeluaran Pertanian
Contoh:Tanaman(sayur-sayuran,buah-buahan), ternakan, dan akuakultur
-Perkhimatan
Contoh:Agropelancongan,kejenteraan ladang dan pengangkutan

Kelayakan menyertai TPUP
-Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK)
-Mengisi borang pemohonan TPUP dengan lengkap
-Mempunyai saham minima RM200
-Mampu menyediakan sebahagian daripada modal projek
-Sedang mengusahakan projek/projek baru
-Memenuhi skop projek yang disyaratkan
-Menghadiri tenuduga yang ditetapkan
-Membenarkan lawatan ke tapak projek bagi tujuan penilaian

Contoh Usahawan berjaya:
En. Asyraf Bin A'Azmi
Kg. Berapit,Tikam Batu
Usahawan ternakan ayam kampung & tanaman mata kucing
Ternakan ayan kampung


Tanaman buah mata kucing

No comments:

Post a Comment